April 27, 2010

SKDB JUARA PERTANDINGAN BERCERITA ZON 5 PPD MACHANG


Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap I dan Tahap II telah diadakan pada 27 April 2010 (Selasa) bagi bertujuan memilih wakil ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat PPD Machang. SK Dewan Besar selaku tuan rumah bagi pertandingan ini. Lima buah sekolah yang telah menyertai pertandingan ini iaitu:-
1. SK Dewan Besar
2. SK Tok Bok
3. SK Sungai Bagan
4. SK Pangkal Mak Wan
5. SK Labok
6. SK Pangkal Gong

Keputusan Pertandingan Bercerita Peringkat Zon 5 PPD Machang

Tahap I
JOHAN
SK Dewan Besar


Umi Bahirah Che Mustafa ; Ayam Berkokok Pagi

NAIB JOHAN
SK Pangkal Mak Wan
Nurul Nadiah Azhar; Kassim Yang Tamak

KETIGA
SK Labok
Muhammad Ameer Hamzah Mohd Azman; Buaya Tidak Jujur


Tahap II

JOHAN
SK Dewan Besar

Siti Nur Fatihah Bt Suudi; Legenda Mahsuri

NAIB JOHAN
SK Pangkal Mak Wan
Awanis bt. Mohd Suki; Cacat Tetapi Berani

KETIGA
SK Pangkal Gong
Murni Asyiqin Md Azman; Ali Baba Dengan 40 Orang Pencuri
Galeri Gambar:

April 25, 2010

BULETIN DEWAN SKDB APRIL 2010


Buletin sekolah telah berjaya dihasilkan buat julung kalinya. Segala maklumat tentang aktiviti dan pencapaian sekolah dapat dikongsi bersama dengan seluruh warga sekolah dan ibu bapa. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru dan Sidang Redaksi Buletin sekolah kerana telah berjaya menghasilkan Buletin Dewan ini.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31

Mesyuarat Agung PIBG pada 22 April 2010 bertempat di Dewan Perdana, SKDB pada jam 2.30 petang. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Machang, YB Tuan Hj. Jazlan b. Dato' Hj Yaacob. Majlis ini berakhir pada jam 6.00 petang.

Galeri gambar:
http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/MESYAGUNGPIBG22APR2010

April 21, 2010

SK DEWAN BESAR JUARA MSSD BOLA SEPAK JUARA BAWAH 12 TAHUN 2010

15 April 2010 (Khamis) Sek Keb Dewan Besar juara Bola Sepak MSSD dengan mengalahkan SK Machang 2 melalui tendangan penalti 2-1 setelah masa sebenar berkesudahan 1-1. Pasukan ini di tubuhkan sejak tahun lalu di mana tahun lalu pasukan SKDB menjadi Naib Johan Zon 5 dan Naib Johan Pertandingan Luar Musim.

April 14, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA 14 APRIL 2010

Gotong royong yang melibatkan warga sekolah dan PIBG telah diadakan untuk membersihkan kawasan sekitar SK Dewan Besar bermula pada pukul 2.30 petang. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan sekolah.


Galeri gambar: