May 31, 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 26 MEI 2010

Kursus Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) yang melibatkan semua guru yang mengajar subjek teras telah diadakan pada 26 Mei 2010 pada jam 1.00 tengahari bertempat di Makmal Komputer SKDB. Kursus LDP ini dibahagikan kepada 3 sesi:-

Sesi pertama adalah berkenaan dengan pembinaan soalan menggunakan iBank. Penerangan di sampaikan oleh Cikgu Norzainal Othman.

Sesi Kedua disampaikan oleh Cikgu Khairil Aswad berkenaan dengan soalan latih tubi dengan menggunakan Zoom-A http://www.zoom-a.com/

Sesi ketiga penerangan berkenaan Portal Eduweb TV http://www.eduwebtv.com/ yang diberikan penerangan oleh Cikgu Mat Zain Mamat.

Galeri gambar:

http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/LDP26MEI2010

May 23, 2010

MOTIVASI KEIBUBAPAAN & MAJLIS PENYAMPAIAN KWAMP 2010

Majlis Motivasi Keibubapaan & Majlis Penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) telah diadakan pada 24 Mei 2010, Isnin jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Perdana SK Dewan Besar. Seramai 257 orang murid yang menerima bantuan KWAMP.
Ceramah Motivasi Keibubapaan disampaikan oleh Dr. (H) Wan Rozeb b. Wan Salleh dari UMMI Motivation Training & Consultant.


Penyampaian replika cek kepada Guru Besar SK Dewan Besar


Galeri Gambar:

May 19, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2010


Hari Guru peringkat SK Dewan Besar telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh semua warga sekolah pada 16 Mei 2010, Ahad di Dewan Perdana SK Dewan Besar. Pelbagai acara yang telah diadakan untuk guru dan murid antaranya bola jaring, bola sepak, bola tampar, sitkom bagi murid tahun 6 dan tahun 5. Majlis sambutan ini turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan karaoke dari para guru dan dikir barat dari pasukan dikir barat sekolah. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Zahri b. Ismail, Pengarah Lotus Racing (UK) Ltd.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Galeri Gambar:
http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/HARIGURU16MEI2010

May 18, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA 15 MEI 2010

Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua warga sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2010, Sabtu pada jam 8.30 pagi-12.00 tengah hari. Gotong royong ini bertujuan untuk mengujudkan suasan pembelajaran yang kondusif dalam bilik kelas dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan tenteram selain daripada mengujudkan hubungan dua hala dan kerjasama antara guru dan murid.

Galeri gambar:

PROGRAM HARI BERSAMA IBU BAPA/PENJAGA MURID-MURID SK DEWAN BESAR

Program ini diadakan pada 12 Mei 2010 bertempat di Dewan Perdana SK Dewan Besar pada 1.45 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Zahri B. Ismail, Pengarah Lotus Racing (UK) Ltd. Seramai 20 orang murid target 5A UPSR dijadikan anak angkat oleh En. Zahri B. Ismail, mereka juga turut menerima buku simpanan Tabung Haji dari En. Zahri. Semua ibu bapa dan murid yang belum membuka akaun Tabung Haji di beri peluang untuk membuka akaun Tabung Haji dalam program ini. Bagi Ibu Bapa hanya perlu membayar RM 2.00 sahaja.

May 9, 2010

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1&2 PERINGKAT DAERAH MACHANG


Pertandingan Ko Akademik Bahasa Bercerita (Tahap 1&2) Sekolah Rendah Peringkat Daerah Machang Tahun 2010 telah diadakan pada 4 Mei 2010, Selasa pada pukul 8.00 pagi. Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Perdana SK Dewan Besar. Sebanyak 10 orang peserta yang menyertai pertandingan ini yang mewakili zon masing-masing (zon 1-5).
Galeri gambar: