November 16, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MAJLIS GRADUASI 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi dan 2010 telah diadakan di Dewan Perdana SK Dewan Besar bermula pada jam 8.30 pagi. Hadiah disampaikan kepada murid yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akademik yang dijalankan.

Majlis penyampaian hadiah Kelas Fardu Ain 2010 juga diadakan pada 15 Nov 2010.
bertempat di Dewan Perdana SK Dewan Besar bermula pada pukul 2.00 petang. Penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar SKDB En. Mohd Noor b. Mat Yunus. Hadiah di sampaikan kepada murid yang berjaya memperolehi tempat pertama hingga ketiga di dalam ujian yang dijalankan.

MURID 5A UPSR SK DEWAN BESAR 2010


TAHNIAH DAN SYABAS kepada murid-murid SK Dewan Besar di atas kejayaan dalam UPSR yang diumumkan pada 10 November 2010 yang lalu. Seramai 13 orang murid berjaya memperolehi semua A dalam matapelajaran UPSR. Murid yang berjaya memperolehi 5A:


SHAFIKAH BINTI ZAINURULAN SHAH
NUR FAKIRA BINTI ALIAS
NURUL NAJIHAH BINTI MOHD ZAYID
NURUL NATASHA AINA BINTI MOHAMMAD
AHMAD SALLAHUDDIN B. MOHAMMAD ALWI
MOHAMMAD IZAMUDIN B. ABD RAHIM
MOHD IDLAN B. MAT SAUPI
YUSUF ISKANDAR B. AZMI
MOHD AMIRUL HAKIMI B. SALAM
MOHD NASRI B. YUSAINI
MOHD AIMAN AIZAT B. CHE ZAWI
NUR FATIN SURAYA BINTI CHE ABD RASHID
MOHD FAZLI AJMAL B. GHAZALI
Galeri gambar:
TAHNIAH & SYABAS !!!

November 14, 2010

MAJLIS BERSAMA IBU BAPA MURID PRA SEKOLAH SESI 2011

Perjumpaan bersama ibu bapa murid Pra Sekolah bagi sesi 2011 telah diadakan pada 14 November 2010, Ahad di Dewan Bestari SK Dewan Besar. Perjumpaan yang diadakan di antara pihak pentadbir, guru prasekolah dan ibu bapa murid terpilih bakal yang menduduki sesi persekolahan 2011.

PERKHEMAHAN AGUNG SK DEWAN BESAR 2010

Perkhemahan Agung Unit Beruniform 2010 telah berjaya dilaksanakan pada 10 Nov-12 Nov 2010 bertempat di Padang SK Dewan Besar. Seramai 156 murid yang telah mengikuti perkhemahan ini dari empat unit beruniform, Pengakap Kanak-kanak, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam dan Tunas Kadet Remaja Sekolah.
Galeri gambar:

November 7, 2010

PERTANDINGAN BOLA SEPAK LUAR MUSIM 2010

TAHNIAH DAN SYABAS
diucapkankepada pasukan Bola Sepak SK Dewan Besar di atas kejayaan dalam Pertandingan Bola Sepak luar musim PPD Machang Bawah 11 Tahun 2010 yang telah diadakan di Padang SK Tok Bok, Labok pada 27-28 Oktober 2010. Perlawanan akhir antara SK Dewan Besar dengan SK Machang (2) telah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada SK Dewan Besar, 1-0. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pegawai Khas Sukan PPD Machang. Jurulatih pasukan bola sepak SK Dewan Besar ialah Cikgu Azlan Samiran manakala Pengurus pasukan Ustaz Abd. Aziz Mohamed.

November 1, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH 2010

Persembahan Penutup Bulan Bahasa Peringkat Sekolah
Majlis Perasmian Penutup Bulan Bahasa Peringkat Sekolah telah diadakan pada 28 Oktober 2010, Khamis di Dewan Perdana, SK Dewan Besar bermula pada pukul 10.15 pagi. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu ini telah mengadakan pelbagai bentuk pertandingan untuk memantapkan penggunaan Bahasa Kebangsaan warga SKDB disamping mencungkil bakat-bakat yang terpendam murid SK Dewan Besar. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan membaca berita, bersajak, berpidato, menulis esei, melukis dan mewarna poster.
Galeri gambar: