August 30, 2010

HARI MERDEKA KE 53

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.



Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘Merdeka’ pada Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara. Upacara bersejarah ini turut disaksikan oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka, pada 31 Ogos 1957.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

August 29, 2010

PELAJAR 5A PERCUBAAN UPSR 2010

TAHNIAH kepada 9 orang pelajar Tahun 6 yang berjaya memperolehi 5A dalam Ujian Percubaan UPSR pada 16-18 Ogos 2010 yang lalu.

AHMAD SALAHUDIN B. MOHD ALWI
MOHAMAD IZAMUDIN B. AB RAHIM
MUHAMAD IDLAN BIN MOHD SAUFI
MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI B SALAM
MUHD FAZLI AJMAL B GHAZALI
SAIFUL AMIN B MOHD SUKRI
YUSUF ISKANDAR B AZMI
NUR FATIN SURAYA BT CHE AB RASHID
NUR NAJIHAH BT MOHD ZAYID

SYABAS dan TAHNIAH di ucapkan

August 26, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

Sempena Ramadhan 1431H warga SK Dewan Besar dan PIBG telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim pada 25 Ogos 2010, Rabu. Majlis yang bermula pada pukul 6.00 petang dimulakan dengan bacaan tahlil. Turut hadir bersama untuk memeriahkan majlis ini Dr Wan Zawawi Ismail, Pengarah Institut Aminuddin Baki Zon Timur dan En. Azmi, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Machang.


Pengarah IAB Zon Timur sedang menyampaikan zakat kepada anak-anak yatim


Galeri gambar:

August 24, 2010

KATA-KATA HIKMAH KEMERDEKAAN

YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
(31 Ogos 1957-22 Sept 1970)
Jangan sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung jalan: Kemerdekaan memanglah sesuatu yang penting dalam sejarah kita tetapi ia hanyalah permulaan kepada usaha baru dan berdaulat.


TUN ABDUL RAZAK
(22 Sept 1970-14 Jan 1976)
Hari Kemerdekaan adalah besar maknanya bagi semua rakyat mengukuhkan tekad dan memperbaharui azam berusaha dengan lebih giat membina masyarakat adil dan makmur. Saya ingin saudara-saudara memandang ke dalam secara retrospektif dan bertanya pada diri sendiri apakah satu sumbangan bererti yang telah kita berikan untuk masyarakat dan negara
TUN HUSSEIN ONN
(15 Jan 1976-16 Julai 1981)
Kita telah sama-sama terlibat dan menyertai dalam perjuangan kemerdekaan tanah air kemudiannya mengisi kemerdekaan ini hendaklah sentiasa memberi pimpinan dan bimbingan kepada generasi muda ini, supaya memastikan bahawa segala asas yang telah dibina dan diperkukuhkan selama ini, bagi mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu, kukuh, progresif dan adil, dapat terus dipelihara dan dikekalkan....


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
(16 Julai 1981-31 Okt 2003)
Kita mampu mentadbir negara ini dan kita berupaya menangkis usaha untuk menjajah kita semula menerusi takanan ekonomi. Mari kita sama-sama berikrar untuk terus mempertahankan kemerdekaan demi bangsa, negara dan agama.


TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
(31 Okt 2003-03 Apr 2009)
Kita adalah satu bangsa yang ingin maju dan berjaya. Kita ada peranan kita masing-masing...yang penting utamakan musyawarah kerana itu amalan demokrasi, kesusilaan, ketertiban di mana akhirnya perpaduan yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip inilah yang akan menjamin masa depan yang baik.

Sumber: Arkib Negara Malaysia & Pejabat Perdana Menteri

August 23, 2010

JALUR GEMILANG GAGAH DIJULANG


Jalur Gemilang adalah nama rasmi yang diberikan kepada bendera Malaysia. Nama Jalur Gemilang telah dicadangkan oleh Redzuan Tumin, Pegawai daripada Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti.

Jalur Gemilang membawa maksud empat belas jalur merah dan putih yang terdapat pada bendera Malaysia melambangkan empat belas buah negeri yang bergerak selari dan searah untuk mencapai satu wawasan yang sama iaitu kegemilangan. Lambang bulan dan bintang yang terdapat pada bendera ini juga boleh diertikan sebagai lambang gilang gemilang yang sentiasa terpancar menjadi panduan setiap rakyat yang bernaung dibawahnya.
Perisytiharan nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia telah diadakan pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 malam oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke empat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Perdana Menteri Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad menjulang teks perisytiharan nama bendera Malaysia "Jalur Gemilang" selepas mengumumkannya di Dataran Merdeka pada malam 31Ogos 1997.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

August 16, 2010

PERCUBAAN UPSR 2010

16 Ogos 2010-18 Ogos 2010

August 15, 2010

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1431H

Beberapa petikan daripada hadis yang berkaitan dengan ibadah puasa untuk dijadikan peringatan dan panduan kita bersama.

1. Berniat puasa pada malam harinya.
Dari Hafsah, sesungguhnya Nabi saw besabda: "Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh) maka tidak ada puasa baginya"-(HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)Hadis tersebut di atas membawa maksud bahawa setiap orang yang melakukan puasa Ramdhan wajib mendahuluinya dengan niat sebekum datangnya waktu subuh. Hadis ini membawa 2 pengertian iaitu:1.Berniat pada setiap malam2.Berniat untuk puasa selama 1 bualan Ramadhan pada malam awal Ramdhan.

2. Anjuran Makan sahur.
"Drai Anas, ujarnya Rasulullah SAW bersabda "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkah"-(HR. Bukharidan Muslim)Bersahur itu adalah sunat.Makan sahur adalah makan yang membawa kebaikan dan keutamaan bagi yang melakukannya.Sahur akan memberi tenaga kepada yang berpuasa dan mendapat berkah yang akan Allah turunkan kepada dirinya sepanjang hari ia berpuasa.

3.Sahur dngan kurma.
"DraiAbu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah SAW besabda; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma"-(HR. Ibnu Hibban dan Baihaqi)Bersahur dengan kurma adalah sunnah Nabi, jika diamalkan akan mendapat pahala.

4.Mandi menyegarkan badan ketika berpuasa.
Dari Abu Bakar bin Abdur Rahman, dari seorang sahabat Nabi saw, berkata "Saya pernah melihat Rasulullah saw mandi membasahkan kepada baginda ketika baginda berpuasa kerana haus atau kerana panas".

5. Meninggalkan ucapan dan perbuatan sia-sia.
Dari Abu Hurairah, berkata: Nabi saw bersabda 'Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan bohong dan perbuatan curang, maka Allah sama sekali tidak memerlukan perbuatanya meninggalkan makan dan minum (puasa)."Tidak akan dapat pahala bagi orang orang berpuasa tetapi bercakap bohong atau berbicara kotor dan melakukan perbuatan curang atau berlaku tidak jujr.

6. Memperbanyakkan doa ketika berbuka.
"Dari 'Abdullah bin 'Amr bin ', berkata, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda "Bagi orang yang berpuasa ada doa yang tidak akan ditolak ketika ia berbuka". Dan bila 'Abdullah berbuka , ia berdoa: "Wahai Tuhan, aku meminta kepadaMu dengan rahmatMu yang meliputi segala-galanya agar Engkau ampuni aku".

7. Pahala menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa.
"Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, dari Nabi saw sabdanya: "Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia memperolehi pahala sama dengan orang yang berpuas; sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun."

8. Menghidupkan malam Ramadhan dengan solat.
"Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda "Barangsiapa melakukan solat pada malam-malam Ramdhan dengan iman dan mengharapkan keredhaanNya, maka dosa-dosa yang telah lalu akan diampuni".-(HR. Bukhari dan Muslim)

August 10, 2010

PROGRAM SEMARAK MERDEKA JALUR GEMILANG 2010

Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang bersempena dengan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010 telah diadakan di Dewan Perdana SK Dewan Besar pada 10 Ogos 2010 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.45 tengahari. Program in bertujuan untuk menyemai semangat patriotik kepada semua murid dan warga SK Dewan Besar disamping menanamkan semangat cintakan Negara. Berbagai aktiviti yang menarik telah diadakan untuk memeriahkan majlis sambutan kemerdekaan yang ke 53 ini.
Acara Kembara Merdeka yang melibatkan 53 orang murid yang menunggang basikal yang dihias indah mengikut daya kreativiti masing-masing. Sebanyak 5 buah kereta nasional (Proton Persona, Perodua Viva, Perodua Kelisa, Perodua Myvi dan Perodua Kancil) dan 3 buah motosikal guru turut serta dalam acara Kembara Merdeka ini. Bilangan 53 buah basikal dipilih bersempena dengan 53 tahun kemerdekaan Negara kita Malaysia ini.
Bicara tokoh mengenai Merdeka oleh Tn Hj Ismail b. Hj Ahmad, Penggerak Masyarakat/Mantan Imam Mukim Labok.


Persembahan Dikir Barat bertemakan Kemerdekaan yang disampaikan oleh Pasukan Dikir Barat SK Dewan Besar

Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Pra Sekolah

Pertandingan menghias basikal Tahap 2


Pertandingan Lagu-lagu Patriotik Tahun 3, 4,5 dan 6

Galeri gambar:
http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/MERDEKA10OGOS2010

August 8, 2010

SALAM RAMADHAN


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN SEMUA WARGA SKDB KHUSUSNYA.