August 23, 2010

JALUR GEMILANG GAGAH DIJULANG


Jalur Gemilang adalah nama rasmi yang diberikan kepada bendera Malaysia. Nama Jalur Gemilang telah dicadangkan oleh Redzuan Tumin, Pegawai daripada Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti.

Jalur Gemilang membawa maksud empat belas jalur merah dan putih yang terdapat pada bendera Malaysia melambangkan empat belas buah negeri yang bergerak selari dan searah untuk mencapai satu wawasan yang sama iaitu kegemilangan. Lambang bulan dan bintang yang terdapat pada bendera ini juga boleh diertikan sebagai lambang gilang gemilang yang sentiasa terpancar menjadi panduan setiap rakyat yang bernaung dibawahnya.
Perisytiharan nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia telah diadakan pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 malam oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke empat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Perdana Menteri Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad menjulang teks perisytiharan nama bendera Malaysia "Jalur Gemilang" selepas mengumumkannya di Dataran Merdeka pada malam 31Ogos 1997.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

0 comments:

Post a Comment