SEJARAH




Ditubuhkan pada tahun 1948 di Kampung Dewan Besar, Labok Machang. Pada tahun tersebut, Sekolah Kebangsaan Dewan Besar terdiri daripada sebuah bangsal dan terdapat sebuah bilik darjah sahaja. Oleh kerana terdapat penambahan bilangan murid, maka sebuah bangunan baru telah dibina secara bergotong-royong menggantikan bangsal tersebut oleh penduduk kampung.
            Pada tahun 1958, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan separuh kekal (JKR 181) yang mengandungi 4 buah bilik darjah. Dalam tahun 1970an, PIBG pula telah berusaha mendirikan dua buah bangunan sementara.
            Pada tahun 1978, bangunan baru 2 tingkat (JKR 380) telah didirikan di atas tapak seluas 6 ekar 729 depa yang mengandungi 8 bilik darjah, pejabat, bilik guru, tandas, stor dan kantin. Pada 23 Januari 1983, murid mula belajar di bangunan baru ini. Sebanyak 7 bilik darjah ditempatkan di bangunan baru dan 3 bilik darjah di bangunan lama.

 

0 comments:

Post a Comment