February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan Inayah-Nya, kita semua masih lagi diberi kehidupan untuk bersama-sama menghayati & memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw pada 5 februari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".

Sebagaimana maklum, 12 Rabiul Awal adalah tarikh sejarah & keramat bagi alam ini. Pada tarikh inilah lahirnya insan utusan Allah sebagai petunjuk kepada umat manusia sekalian. Kelahirannya membawa cahaya yang menerangi alam ini serta membawa rahmat yang amat besar kepada alam ini.

Sempena hari Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita menghayati sejarah kehidupan & perjuangan Rasulullah saw di dalam menegakkan agama Islam yang suci. Setelah kita menghayati maka ikutilah dan amalkanlah apa yang disampaikan oleh Rasul kita Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"


0 comments:

Post a Comment