SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN BESAR

July 26, 2016

BENGKEL PENGAJARAN ABAD 21 (PA 21)

Sabtu, 23 Julai 2016
Bengkel Pengajaran Abad 21 (PA 21) telah diadakan bagi memantapkan pengetahuan guru-guru terhadap pelaksanaan PA 21. Bengkel yang  bermula pada pukul 8 pagi ini engambil masa selama 3 jam. Bengkel yang diadakan ini dapat memberikan pemahaman yang jitu para guru terhadap cara-cara mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terima kasih yang terhingga diucapkan kepada SIP+, Pn. Hjh Zaiton dan SIC+ Pn. Kamilah dan Mdm Khoo dari Pejabat Pendidikan Daerah Machang kerana telah memberikan latihan dan sumbangan kepakaran kepada guru-guru SKDB. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua guru yan terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang bengkel dijalankan. SKDB BOLEH!!!!


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN JAMUAN PERSRAAN GURU

Khamis, 21 Julai 2016, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan jamuan persaraan telah diadakan dengan meriah sekali. Aktiviti yang bermula pada pukul 10.00 pagi telah diserikan dengan beberapa persembahan yang dilakukan oleh murid-murid.

July 25, 2016

July 24, 2016

July 19, 2013

AHLAN WASAHLAN


Assalamualaikum, Selamat Datang & Selamat Bertugas kepada Pn. Che Hanisah bt Mat Yaacob ke SK Dewan Besar.

July 9, 2013

SELAMAT DATANG PK KOKURIKULUM

SELAMAT DATANG

PK KOKURIKULUM BARU KE SK DEWAN BESAR

(YM TUAN NOOR B. TUAN MUDA)

TARIKH: 08 JULAI 2013



MAJLIS PERSARAAN PK PENTADBIRAN EN. CHE ADIB B ZAKARIA

MAJLIS TAUTAN KASIH

PERSARAAN PEN. KANAN PENTADBIRAN 

EN. CHE ADIB BIN ZAKARIA

TARIKH: 3 JULAI 2013



June 30, 2013

BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH: 27 JUN 2013
HARI: KHAMIS
TEMPAT: SK DEWAN BESAR


May 30, 2013

HARI KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH 2013

Assalamualaikum.....

Selesai sudah sukan sekolah pada tahun ini....acara sukan tahunan yang meriah dan hebat yang telah dianjurkan pihak sekolah mendapat penglibatan yang menyeluruh dari semua pihak yang terlibat.... Terima Kasih kepada semua warga SKDB yang telah bertungkus lumus menjadikan acara sukan tahunan ini gilang gemilang.

Antara acara sukan yang telah diadakan ialah Sukaneka untuk murid Tahap 1 dan Sukantara untuk murid Tahap 2....

Berikut antara khemah yang telah dihias untuk pertandingan Khemah tercantik, Khemah Rumah Hijau mendapat tempat ketiga

Khemah Rumah Biru mendapat tempat keempat

Khemah Rumah Kuning juara 

Khemah Rumah Merah tempat kedua



Selepas berakhirnya kejohanan sukan, acara perbarisan pula diadakan, walaupun masih dalam kepenatan dan panas terik, namun murid-murid masih bersemangat untuk acara perbarisan pula.....


Rumah kuning dengan maskot nya LEBAH, pantang menyerah sebelum kalah

Manakala Rumah Merah dengan maskot Ayam Jantan, "SI JALAK BERKOKOK GALAK"







Keputusan untuk secara keseluruhan bagi Sukan Tahun ini, Johan telah dimenangi oleh Pasukan Rumah Hijau, Naib Johan Rumah Kuning, Tempat Ketiga Rumah Biru & Tempat Keempat Rumah Merah.

Perasmian penutup Kejohanan Sukan Sekolah 2013 telah dirasmikan oleh En. Johan b Mohd Jahan, Penolong PPD bahagian Pembangunan....

Akhir kata dari saya, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.  
Semoga murid SKDB terus unggul dalam semua aktiviti Kokurikulum & Kurikulum.


Sekian, Terima Kasih

May 29, 2013

MOTIVASI KEIBUBAPAAN, MAULIDURRASUL & KEPIMPINAN PELAJAR

 MOTIVASI KEIBUBAPAAN






MAULIDURRASUL 2013 PERINGKAT SEKOLAH









KEPIMPINAN PELAJAR