April 2, 2012

IN HOUSE TRAINING

IN HOUSE TRAINING


MESYUARAT PIBG KALI KE 33/2012

Mesyuarat PIBG kali 33/2012

PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Program Kepimpinan Pelajar Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Kokurikulum Tangok

March 31, 2012

March 23, 2012

UBB 1


Antara murid yang berjaya mendapat A dalam UBB 1

February 13, 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN BESAR











Tarikh : 11 Februari 2012
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Perdana, SK dewan Besar

Penceramah : En. Azmi b Ibrahim
Penyelia Pelajaran Kanan
Pendidikan Islam, PPD Machang.

Sekitar aktiviti majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

February 7, 2012

KURSUS DALAMAN LITERASI & NUMERASI (LINUS)





Tarikh : 07 Februari 2012
Masa : 2 Petang
Tempat : Bilik Inovasi SK Dewan Besar

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada semua guru mengenai konsep LINUS. Diharap program ini dapat menambah pengetahuan sedia ada guru dan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan program ilmiah seumpamanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat pada hari ini dan tak lupa juga kepada penceramah-penceramah yang bersama dalam memberi input yang bermakna.

February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH


Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan Inayah-Nya, kita semua masih lagi diberi kehidupan untuk bersama-sama menghayati & memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw pada 5 februari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433 Hijrah yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".

Sebagaimana maklum, 12 Rabiul Awal adalah tarikh sejarah & keramat bagi alam ini. Pada tarikh inilah lahirnya insan utusan Allah sebagai petunjuk kepada umat manusia sekalian. Kelahirannya membawa cahaya yang menerangi alam ini serta membawa rahmat yang amat besar kepada alam ini.

Sempena hari Maulidur Rasul ini, sama-samalah kita menghayati sejarah kehidupan & perjuangan Rasulullah saw di dalam menegakkan agama Islam yang suci. Setelah kita menghayati maka ikutilah dan amalkanlah apa yang disampaikan oleh Rasul kita Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"


February 2, 2012

MAJLIS PERASMIAN GURU PENYAYANG






Konsep Guru Penyayang yang bertemakan "Cikgu Sayang Kamu" diwujudkan oleh Jabatan Pelajaran negeri Kelantan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid. Majlis dirasmikan oleh Pn. Hjh. Rapeah Bt Mamat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dewan Besar bertempat di Dewan Perdana pada 02 Februari 2012 (Khamis). Berikut antara gimik yang diadakan sempena pelancaran konsep Guru Penyayang.

February 1, 2012

SENAMROBIK






Aktiviti senamrobik yang diadakan pada hari ini mendapat sambutan yang hebat dari kalangan murid dan guru. Semoga aktiviti yang menyihatkan seperti ini akan terus diadakan. Terima Kasih kepada semua yang telah melibatkan diri pada hari ini.

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DATUK HJ. AHMAD JAZLAN B. HJ. YAAKUB





Majlis ramah mesra bersama Datuk Hj. Jazlan b. Hj. Yaakub berlangsung selama 2 jam diadakan di bilik inovasi SK Dewan Besar pada 30 Januari 2012.

January 20, 2012

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID TAHAP 2






Pada 16 Januari 2012 (Rabu) jam 2.30 petang telah berlangsungnya Ceramah Motivasi Keibubapaan untuk murid tahap 2. Penceramah yang dijemput ialah En Raja Mohd Izani b Raja Ismail dari SMK Kok Lanas. Ceramah Motivasi merupakan salah satu aktiviti penting yang sering diadakan bagi membentuk modal insan yang berguna di samping sebagai dorongan dan kata perangsang untuk kita lebih maju dan sentiasa bersemangat dalam pengajaran dan pembelajaran.

January 10, 2012

MAJLIS MENYAMBUT GURU BESAR (PN. HJH. RAPEAH BT MAMAT)






Assalamualaikum.....

Alhamdulillah sudah selesai majlis menyambut Guru Besar baru Pn. Hjh. Rapeah bt. Mamat yang diadakan pada hari ini (10 Januari 2012) bertempat di Dewan Perdana Sekolah Kebangsaan Dewan Besar. Majlis sambutan Guru Besar baru di sambut dengan iringan paluan kompang oleh murid-murid SKDB. Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil pihak SKDB, SK Temangan dan dari Guru Besar. Seterusnya majlis penutup diserikan lagi dengan persembahan Dikir Barat oleh Pendikir Sekolah sebelum menikmati hidangan tengahari.Kepada Guru Besar baru Pn. Hjh. Rapeah bt. Mamat yang lebih disenangi dengan panggilan "Kak Ah", kami dari Warga Sek Keb Dewan Besar mengalu-alukan kedatangan Kak Ah. Semoga kita bersama berkerja dalam sebuah komuniti yang mesra untuk menjayakan visi, misi dan matlamat sekolah seiring dengan tuntutan agama. Insya'allah..amin.