February 25, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2010 telah diadakan pada hari Selasa, 02 Mac 2010 bertempat di Dewan Perdana SKDB dengan tema "MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH" yang melibatkan semua warga Sekolah Kebangsaan Dewan Besar dan PIBG. Amatlah diharapkan agar semua warga SKDB dapat mengamalkan Sunnah Rasullullah dalam mengamalkan kehidupan seharian dan berakhlak yang mulia sebagaimana yang diajar Rasulullah S.A.W melalui sirahnya.

Galeri gambar:

"MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH"

February 8, 2010

PERAYAAN HARI GURU SK DEWAN BESAR 2010

Hari Guru peringkat SK Dewan Besar telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh semua warga sekolah pada 16 Mei 2010, Ahad di Dewan Perdana SK Dewan Besar. Pelbagai acara yang telah diadakan untuk guru dan murid antaranya bola jaring, bola sepak, bola tampar, sitkom bagi murid tahun 6 dan tahun 5. Majlis sambutan ini turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan karaoke dari para guru dan dikir barat dari pasukan dikir barat sekolah. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Zahri b. Ismail, Pengarah Lotus Racing (UK) Ltd.

Galeri Gambar:

February 4, 2010

MINGGU DISIPLIN 2010

Minggu Disiplin Sek Keb Dewan Besar, Machang telah diadakan pada 07 Februari 2010 sehingga 11 Februari 2010.

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU DISIPLIN 2010

07 Feb 2010 (Ahad)
8.00 pg-10.45 pg
Majlis Perasmian Minggu Disiplin
Perlantikan Pengawas, Ketua Kelas,Penolong Ketua Kelas dan Pengawas PSS

08 Feb 2010 (Isnin)
9.00 pg-11.45 pg
Kempen dan Pameran Anti Dadah (Oleh: Agensi Anti Dadah Kebangsaan)

09 Feb 2010 (Selasa)
10.45 pg-12.15 tghri

Latihan dan Demonstrasi Kebakaran (Oleh: Bomba dan Penyelamat Machang)


10 Feb 2010 (Rabu)
11.45 pg-12.45 tghr
Pertandingan Mewarna Tahap 1
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
(Tajuk: Dadah Membawa Padah/Berhati-hati Di Jalan Raya)

11 Feb 2010 (Khamis)
8.00 pg-12.45 tghri

Pemeriksaan Keselamatan Basikal
Pemeriksaan Keselamatan Dalam Kelas

Kempen Keselamatan Jalan Raya (Oleh: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Machang)

    Majlis Perasmian Penutup Minggu Disiplin dan Penyampaian Hadiah


07 Feb-11 Feb 2010
Galakan Kedatangan Penuh 100%
Kuiz Soalan Terkumpul

Galeri gambar:

"DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN"