Showing posts with label majlis. Show all posts
Showing posts with label majlis. Show all posts

May 26, 2011

SELAMAT BERCUTI



CUTI PERTENGAHAN TAHUN

(27 Mei 2011- 11 Jun 2011 )

Selamat bercuti kepada warga guru dan murid-murid SK Dewan Besar.
Hargailah masa cuti anda bersama keluarga dan ulangkaji pelajaran.

sekian ...

November 16, 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN MAJLIS GRADUASI 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi dan 2010 telah diadakan di Dewan Perdana SK Dewan Besar bermula pada jam 8.30 pagi. Hadiah disampaikan kepada murid yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akademik yang dijalankan.

Majlis penyampaian hadiah Kelas Fardu Ain 2010 juga diadakan pada 15 Nov 2010.
bertempat di Dewan Perdana SK Dewan Besar bermula pada pukul 2.00 petang. Penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar SKDB En. Mohd Noor b. Mat Yunus. Hadiah di sampaikan kepada murid yang berjaya memperolehi tempat pertama hingga ketiga di dalam ujian yang dijalankan.

November 1, 2010

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP BULAN BAHASA PERINGKAT SEKOLAH 2010

Persembahan Penutup Bulan Bahasa Peringkat Sekolah
Majlis Perasmian Penutup Bulan Bahasa Peringkat Sekolah telah diadakan pada 28 Oktober 2010, Khamis di Dewan Perdana, SK Dewan Besar bermula pada pukul 10.15 pagi. Majlis yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu ini telah mengadakan pelbagai bentuk pertandingan untuk memantapkan penggunaan Bahasa Kebangsaan warga SKDB disamping mencungkil bakat-bakat yang terpendam murid SK Dewan Besar. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan membaca berita, bersajak, berpidato, menulis esei, melukis dan mewarna poster.
Galeri gambar:

October 19, 2010

MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA PERINGKAT SKDB 2010

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah Tahun 2010 telah di adakan di Dewan Perdana, SK Dewan Besar pada 18 Oktober 2010, Isnin bermula pada pukul 7.45 pagi. Majlis ini telah di rasmikan oleh YBRS Guru Besar SK Dewan Besar, En. Mohd Noor b Mat Yunus. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu SKDB. Ketua Panitia Bahasa Melayu SKDB ialah
En. Zulkifli b Mohd Salleh.
"BAHASA JIWA BANGSA"
Galeri gambar:

September 20, 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN PENYERAHAN ILMU

Majlis Solat Sunat Hajat dan Penyerahan Ilmu untuk murid yang menduduki UPSR 2010 telah diadakan bermula pada pukul 8 pagi pada 19 September 2010 di Dewan Perdana SK Dewan Besar. Majlis yang dimulakan dengan Solat Dhuha dan Solat Hajat para guru-guru, ibu bapa,PIBG dan semua murid Tahun 6 Rajin, 6 Tekun dan 6 Usaha. Majlis ini turut di hadiri oleh En. Zahari Ismail dan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Machang, En. Azmi Daud.
Majlis menyuap pulut semangat kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR 2010
Good Luck and All The Best to all Candidates
Galeri gambar:

September 7, 2010

MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA WARGA SKDB 2010

Majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan murid SK Dewan Besar telah diadakan pada 02 September 2010, Khamis bertempat di Dewan Perdana SKDB. Seramai 24 orang anak yatim telah menerima sumbangan biskut raya dan duit raya.


Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim

Sumbangan Hari Raya kepada murid SK Dewan Besar


Sesi bersalaman antara guru-guru SK Dewan Besar

Sesi bersalaman antara murid dengan guru-guru SK Dewan Besar

Galeri gambar:

http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/SUMBANGANHARIRAYA02SEPT2010

August 26, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

Sempena Ramadhan 1431H warga SK Dewan Besar dan PIBG telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim pada 25 Ogos 2010, Rabu. Majlis yang bermula pada pukul 6.00 petang dimulakan dengan bacaan tahlil. Turut hadir bersama untuk memeriahkan majlis ini Dr Wan Zawawi Ismail, Pengarah Institut Aminuddin Baki Zon Timur dan En. Azmi, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Machang.


Pengarah IAB Zon Timur sedang menyampaikan zakat kepada anak-anak yatim


Galeri gambar:

August 10, 2010

PROGRAM SEMARAK MERDEKA JALUR GEMILANG 2010

Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang bersempena dengan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2010 telah diadakan di Dewan Perdana SK Dewan Besar pada 10 Ogos 2010 bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 12.45 tengahari. Program in bertujuan untuk menyemai semangat patriotik kepada semua murid dan warga SK Dewan Besar disamping menanamkan semangat cintakan Negara. Berbagai aktiviti yang menarik telah diadakan untuk memeriahkan majlis sambutan kemerdekaan yang ke 53 ini.
Acara Kembara Merdeka yang melibatkan 53 orang murid yang menunggang basikal yang dihias indah mengikut daya kreativiti masing-masing. Sebanyak 5 buah kereta nasional (Proton Persona, Perodua Viva, Perodua Kelisa, Perodua Myvi dan Perodua Kancil) dan 3 buah motosikal guru turut serta dalam acara Kembara Merdeka ini. Bilangan 53 buah basikal dipilih bersempena dengan 53 tahun kemerdekaan Negara kita Malaysia ini.
Bicara tokoh mengenai Merdeka oleh Tn Hj Ismail b. Hj Ahmad, Penggerak Masyarakat/Mantan Imam Mukim Labok.


Persembahan Dikir Barat bertemakan Kemerdekaan yang disampaikan oleh Pasukan Dikir Barat SK Dewan Besar

Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Pra Sekolah

Pertandingan menghias basikal Tahap 2


Pertandingan Lagu-lagu Patriotik Tahun 3, 4,5 dan 6

Galeri gambar:
http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/MERDEKA10OGOS2010

July 7, 2010

PERTANDINGAN DIKIR BARAT & CONGKAK PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010

Pertandingan Dikir Barat & Congkak peringkat Negeri Kelantan 2010 yang telah diadakan di Dewan SMK Putera / Dewan Besar & Dewan Mini SMK Ismail Petra, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu pada 5 Julai 2010. Seramai 23 orang murid dari SK Dewan Besar telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini bermula dari 8 pagi sehingga 6 petang.

July 1, 2010

PROGRAM LAWATAN PENGETUA/GURU BESAR CEMERLANG SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2010

SK Dewan Besar telah dilawati oleh seramai 20 orang Pengetua/Guru Besar cemerlang sekolah berprestasi tinggi pada 30 Jun 2010. Lawatan ini adalah bersempena dengan kursus Public & Private Partnership dalam Kepimpinan Sekolah. Program ini dianjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Aminuddin Baki dan 1 Malaysia Formula One. Progam ini turut dihadiri oleh Pengarah Institut Aminuddin Baki Zon Timur, Dr Wan Zawawi Ismail dan Pengarah 1 Malaysia Formula One, Dato' Zahri b. Ismail.






Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi 2010;

Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak Darul Ridzuan
Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Darul Takzim
Sek. Dato' Abdul Razak (SDAR), Negeri Sembilan Darul Khusus
Sek. Seri Puteri, Cyberjaya, Wilayah Persekutuan
SMK Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman
Kolej Tunku Kursiah (TKC), Negeri Sembilan Darul Khusus
Koleh Islam Sultan Alam Shah, Selangor Darul Ehsan
SMS Tuanku Syed Putra,Perlis Indera Kayangan
Sek. Sultan Alam Shah, Putrajaya Wilayah Persekutuan
SMS Sultan Muzaffar Syah, Melaka Bandaraya Bersejarah
SMK (P) Sri Aman, Selangor Darul Ehsan
SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
SMK Sultanah Asma, Kedah Darul Aman
SMK (P) St. George, Pulau Pinang Pulau Mutiara
SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
SK Zainab (2),Kelantan Darul Naim
SK Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
SK Convent Kota Taiping, Perak Darul Ridzuan
SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
SK Bandar Baru Uda 2, Johor Darul Takzim
Jutaan terima kasih diucapkan di atas kesudian tuan/puan untuk meluangkan masa melawat ke sekolah kami.
Galeri Gambar:

May 23, 2010

MOTIVASI KEIBUBAPAAN & MAJLIS PENYAMPAIAN KWAMP 2010

Majlis Motivasi Keibubapaan & Majlis Penyampaian Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) telah diadakan pada 24 Mei 2010, Isnin jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Perdana SK Dewan Besar. Seramai 257 orang murid yang menerima bantuan KWAMP.
Ceramah Motivasi Keibubapaan disampaikan oleh Dr. (H) Wan Rozeb b. Wan Salleh dari UMMI Motivation Training & Consultant.


Penyampaian replika cek kepada Guru Besar SK Dewan Besar


Galeri Gambar:

May 19, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 16 MEI 2010


Hari Guru peringkat SK Dewan Besar telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh semua warga sekolah pada 16 Mei 2010, Ahad di Dewan Perdana SK Dewan Besar. Pelbagai acara yang telah diadakan untuk guru dan murid antaranya bola jaring, bola sepak, bola tampar, sitkom bagi murid tahun 6 dan tahun 5. Majlis sambutan ini turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan karaoke dari para guru dan dikir barat dari pasukan dikir barat sekolah. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Zahri b. Ismail, Pengarah Lotus Racing (UK) Ltd.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Galeri Gambar:
http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/HARIGURU16MEI2010

May 18, 2010

PROGRAM HARI BERSAMA IBU BAPA/PENJAGA MURID-MURID SK DEWAN BESAR

Program ini diadakan pada 12 Mei 2010 bertempat di Dewan Perdana SK Dewan Besar pada 1.45 petang. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Zahri B. Ismail, Pengarah Lotus Racing (UK) Ltd. Seramai 20 orang murid target 5A UPSR dijadikan anak angkat oleh En. Zahri B. Ismail, mereka juga turut menerima buku simpanan Tabung Haji dari En. Zahri. Semua ibu bapa dan murid yang belum membuka akaun Tabung Haji di beri peluang untuk membuka akaun Tabung Haji dalam program ini. Bagi Ibu Bapa hanya perlu membayar RM 2.00 sahaja.

April 27, 2010

SKDB JUARA PERTANDINGAN BERCERITA ZON 5 PPD MACHANG


Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap I dan Tahap II telah diadakan pada 27 April 2010 (Selasa) bagi bertujuan memilih wakil ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat PPD Machang. SK Dewan Besar selaku tuan rumah bagi pertandingan ini. Lima buah sekolah yang telah menyertai pertandingan ini iaitu:-
1. SK Dewan Besar
2. SK Tok Bok
3. SK Sungai Bagan
4. SK Pangkal Mak Wan
5. SK Labok
6. SK Pangkal Gong

Keputusan Pertandingan Bercerita Peringkat Zon 5 PPD Machang

Tahap I
JOHAN
SK Dewan Besar


Umi Bahirah Che Mustafa ; Ayam Berkokok Pagi

NAIB JOHAN
SK Pangkal Mak Wan
Nurul Nadiah Azhar; Kassim Yang Tamak

KETIGA
SK Labok
Muhammad Ameer Hamzah Mohd Azman; Buaya Tidak Jujur


Tahap II

JOHAN
SK Dewan Besar

Siti Nur Fatihah Bt Suudi; Legenda Mahsuri

NAIB JOHAN
SK Pangkal Mak Wan
Awanis bt. Mohd Suki; Cacat Tetapi Berani

KETIGA
SK Pangkal Gong
Murni Asyiqin Md Azman; Ali Baba Dengan 40 Orang Pencuri
Galeri Gambar:

April 25, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31

Mesyuarat Agung PIBG pada 22 April 2010 bertempat di Dewan Perdana, SKDB pada jam 2.30 petang. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Machang, YB Tuan Hj. Jazlan b. Dato' Hj Yaacob. Majlis ini berakhir pada jam 6.00 petang.

Galeri gambar:
http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/MESYAGUNGPIBG22APR2010

March 28, 2010

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM TAHUN 2010

Majlis Pelancaran program Nilam bagi tahun 2010 telah diadakan di Dewan Perdana SK Dewan Besar pada 28 Mac 2010 Ahad bermula pukul 07.45 pagi. Objektif program Nilam 2010
  • Melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca
  • Melahirkan masyarakat yang cintakan bahasa kebangsaan
  • Melahirkan masyarakat yang berilmu

Galeri gambar:

http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/PROGRAMNILAM28MAC2010

February 25, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2010 telah diadakan pada hari Selasa, 02 Mac 2010 bertempat di Dewan Perdana SKDB dengan tema "MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH" yang melibatkan semua warga Sekolah Kebangsaan Dewan Besar dan PIBG. Amatlah diharapkan agar semua warga SKDB dapat mengamalkan Sunnah Rasullullah dalam mengamalkan kehidupan seharian dan berakhlak yang mulia sebagaimana yang diajar Rasulullah S.A.W melalui sirahnya.

Galeri gambar:

"MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH"

January 23, 2010

MAJLIS SAMBUTAN GURU BESAR


Majlis sambutan Guru Besar Encik Mohd Noor Bin Mat Yunus dari Sek Keb Paloh Rawa yang akan memulakan perkhidmatannya di Sek Keb Dewan Besar pada 24 Januari 2010, Ahad pada pukul 12.15 tengahari di Dewan Perdana SKDB.

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH KAMI

January 19, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR


Majlis Perpisahan Guru Besar, Encik Muhamad Che Ya Bin Ismail di Dewan Perdana, Sek. Keb. Dewan Besar, Machang Kelantan pada 20 Januari 2010

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

September 6, 2009

MAJLIS PENYERAHAN ILMU DAN SOLAT HAJAT SK DEWAN BESAR 2009

Pada 06 September 2009 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1430 , bertempat di Dewan Perdana SK Dewan Besar

Atur cara Majlis:

8.00 pagi : Ketibaan Jemputan

8.30 pagi : Majlis Penyerahan Ilmu

10.15 pagi : Solat Sunat Hajat

Sekian, Terima Kasih