May 30, 2013

HARI KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH 2013

Assalamualaikum.....

Selesai sudah sukan sekolah pada tahun ini....acara sukan tahunan yang meriah dan hebat yang telah dianjurkan pihak sekolah mendapat penglibatan yang menyeluruh dari semua pihak yang terlibat.... Terima Kasih kepada semua warga SKDB yang telah bertungkus lumus menjadikan acara sukan tahunan ini gilang gemilang.

Antara acara sukan yang telah diadakan ialah Sukaneka untuk murid Tahap 1 dan Sukantara untuk murid Tahap 2....

Berikut antara khemah yang telah dihias untuk pertandingan Khemah tercantik, Khemah Rumah Hijau mendapat tempat ketiga

Khemah Rumah Biru mendapat tempat keempat

Khemah Rumah Kuning juara 

Khemah Rumah Merah tempat kedua



Selepas berakhirnya kejohanan sukan, acara perbarisan pula diadakan, walaupun masih dalam kepenatan dan panas terik, namun murid-murid masih bersemangat untuk acara perbarisan pula.....


Rumah kuning dengan maskot nya LEBAH, pantang menyerah sebelum kalah

Manakala Rumah Merah dengan maskot Ayam Jantan, "SI JALAK BERKOKOK GALAK"







Keputusan untuk secara keseluruhan bagi Sukan Tahun ini, Johan telah dimenangi oleh Pasukan Rumah Hijau, Naib Johan Rumah Kuning, Tempat Ketiga Rumah Biru & Tempat Keempat Rumah Merah.

Perasmian penutup Kejohanan Sukan Sekolah 2013 telah dirasmikan oleh En. Johan b Mohd Jahan, Penolong PPD bahagian Pembangunan....

Akhir kata dari saya, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.  
Semoga murid SKDB terus unggul dalam semua aktiviti Kokurikulum & Kurikulum.


Sekian, Terima Kasih

1 comments: