July 26, 2016

BENGKEL PENGAJARAN ABAD 21 (PA 21)

Sabtu, 23 Julai 2016
Bengkel Pengajaran Abad 21 (PA 21) telah diadakan bagi memantapkan pengetahuan guru-guru terhadap pelaksanaan PA 21. Bengkel yang  bermula pada pukul 8 pagi ini engambil masa selama 3 jam. Bengkel yang diadakan ini dapat memberikan pemahaman yang jitu para guru terhadap cara-cara mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terima kasih yang terhingga diucapkan kepada SIP+, Pn. Hjh Zaiton dan SIC+ Pn. Kamilah dan Mdm Khoo dari Pejabat Pendidikan Daerah Machang kerana telah memberikan latihan dan sumbangan kepakaran kepada guru-guru SKDB. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua guru yan terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang bengkel dijalankan. SKDB BOLEH!!!!


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN JAMUAN PERSRAAN GURU

Khamis, 21 Julai 2016, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan jamuan persaraan telah diadakan dengan meriah sekali. Aktiviti yang bermula pada pukul 10.00 pagi telah diserikan dengan beberapa persembahan yang dilakukan oleh murid-murid.

July 25, 2016

July 24, 2016