February 25, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2010 telah diadakan pada hari Selasa, 02 Mac 2010 bertempat di Dewan Perdana SKDB dengan tema "MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH" yang melibatkan semua warga Sekolah Kebangsaan Dewan Besar dan PIBG. Amatlah diharapkan agar semua warga SKDB dapat mengamalkan Sunnah Rasullullah dalam mengamalkan kehidupan seharian dan berakhlak yang mulia sebagaimana yang diajar Rasulullah S.A.W melalui sirahnya.

Galeri gambar:

"MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH"

February 8, 2010

PERAYAAN HARI GURU SK DEWAN BESAR 2010

Hari Guru peringkat SK Dewan Besar telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh semua warga sekolah pada 16 Mei 2010, Ahad di Dewan Perdana SK Dewan Besar. Pelbagai acara yang telah diadakan untuk guru dan murid antaranya bola jaring, bola sepak, bola tampar, sitkom bagi murid tahun 6 dan tahun 5. Majlis sambutan ini turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan karaoke dari para guru dan dikir barat dari pasukan dikir barat sekolah. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Zahri b. Ismail, Pengarah Lotus Racing (UK) Ltd.

Galeri Gambar:

February 4, 2010

MINGGU DISIPLIN 2010

Minggu Disiplin Sek Keb Dewan Besar, Machang telah diadakan pada 07 Februari 2010 sehingga 11 Februari 2010.

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU DISIPLIN 2010

07 Feb 2010 (Ahad)
8.00 pg-10.45 pg
Majlis Perasmian Minggu Disiplin
Perlantikan Pengawas, Ketua Kelas,Penolong Ketua Kelas dan Pengawas PSS

08 Feb 2010 (Isnin)
9.00 pg-11.45 pg
Kempen dan Pameran Anti Dadah (Oleh: Agensi Anti Dadah Kebangsaan)

09 Feb 2010 (Selasa)
10.45 pg-12.15 tghri

Latihan dan Demonstrasi Kebakaran (Oleh: Bomba dan Penyelamat Machang)


10 Feb 2010 (Rabu)
11.45 pg-12.45 tghr
Pertandingan Mewarna Tahap 1
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
(Tajuk: Dadah Membawa Padah/Berhati-hati Di Jalan Raya)

11 Feb 2010 (Khamis)
8.00 pg-12.45 tghri

Pemeriksaan Keselamatan Basikal
Pemeriksaan Keselamatan Dalam Kelas

Kempen Keselamatan Jalan Raya (Oleh: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Machang)

    Majlis Perasmian Penutup Minggu Disiplin dan Penyampaian Hadiah


07 Feb-11 Feb 2010
Galakan Kedatangan Penuh 100%
Kuiz Soalan Terkumpul

Galeri gambar:

"DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN"

January 23, 2010

MAJLIS SAMBUTAN GURU BESAR


Majlis sambutan Guru Besar Encik Mohd Noor Bin Mat Yunus dari Sek Keb Paloh Rawa yang akan memulakan perkhidmatannya di Sek Keb Dewan Besar pada 24 Januari 2010, Ahad pada pukul 12.15 tengahari di Dewan Perdana SKDB.

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH KAMI

January 21, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA 2010

Gotong royong Perdana peringkat sekolah yang melibatkan semua warga Sek. Keb. Dewan Besar akan diadakan pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 pada jam 7:45 pagi-10:15 pagi. Semua kawasan sekolah, bilik-bilik khas dan bilik-bilik darjah akan dibersihkan pada hari tersebut.

Antara objektif program gotong royong ini diadakan adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dalam bilik kelas dan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria. Program ini juga mampu meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama antara semua warga sekolah.


"KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA"

January 19, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR


Majlis Perpisahan Guru Besar, Encik Muhamad Che Ya Bin Ismail di Dewan Perdana, Sek. Keb. Dewan Besar, Machang Kelantan pada 20 Januari 2010

SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU

September 6, 2009

MAJLIS PENYERAHAN ILMU DAN SOLAT HAJAT SK DEWAN BESAR 2009

Pada 06 September 2009 bersamaan dengan 16 Ramadhan 1430 , bertempat di Dewan Perdana SK Dewan Besar

Atur cara Majlis:

8.00 pagi : Ketibaan Jemputan

8.30 pagi : Majlis Penyerahan Ilmu

10.15 pagi : Solat Sunat Hajat

Sekian, Terima Kasih

September 3, 2009

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berlangsung selama 3 hari bermula 8 hingga 10 September 2009.

Sekolah Kebangsaan Dewan Besar mempunyai calon seramai 67 orang murid.

Seramai 12 orang calon yang telah ditargetkan untuk memperolehi 5A.

Subjek UPSR

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains

GOOD LUCK, TRY UR BEST!!




August 19, 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN DEWAN BESAR


Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Dewan Besar,

18500 Machang,

Kelantan Darul Naim.


Kod Sekolah : DBA 2166


No.Tel : 09-9765362

No. Fax : 09-9765362