April 27, 2010

SKDB JUARA PERTANDINGAN BERCERITA ZON 5 PPD MACHANG


Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap I dan Tahap II telah diadakan pada 27 April 2010 (Selasa) bagi bertujuan memilih wakil ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat PPD Machang. SK Dewan Besar selaku tuan rumah bagi pertandingan ini. Lima buah sekolah yang telah menyertai pertandingan ini iaitu:-
1. SK Dewan Besar
2. SK Tok Bok
3. SK Sungai Bagan
4. SK Pangkal Mak Wan
5. SK Labok
6. SK Pangkal Gong

Keputusan Pertandingan Bercerita Peringkat Zon 5 PPD Machang

Tahap I
JOHAN
SK Dewan Besar


Umi Bahirah Che Mustafa ; Ayam Berkokok Pagi

NAIB JOHAN
SK Pangkal Mak Wan
Nurul Nadiah Azhar; Kassim Yang Tamak

KETIGA
SK Labok
Muhammad Ameer Hamzah Mohd Azman; Buaya Tidak Jujur


Tahap II

JOHAN
SK Dewan Besar

Siti Nur Fatihah Bt Suudi; Legenda Mahsuri

NAIB JOHAN
SK Pangkal Mak Wan
Awanis bt. Mohd Suki; Cacat Tetapi Berani

KETIGA
SK Pangkal Gong
Murni Asyiqin Md Azman; Ali Baba Dengan 40 Orang Pencuri
Galeri Gambar:

April 25, 2010

BULETIN DEWAN SKDB APRIL 2010


Buletin sekolah telah berjaya dihasilkan buat julung kalinya. Segala maklumat tentang aktiviti dan pencapaian sekolah dapat dikongsi bersama dengan seluruh warga sekolah dan ibu bapa. TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru dan Sidang Redaksi Buletin sekolah kerana telah berjaya menghasilkan Buletin Dewan ini.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 31

Mesyuarat Agung PIBG pada 22 April 2010 bertempat di Dewan Perdana, SKDB pada jam 2.30 petang. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Machang, YB Tuan Hj. Jazlan b. Dato' Hj Yaacob. Majlis ini berakhir pada jam 6.00 petang.

Galeri gambar:
http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/MESYAGUNGPIBG22APR2010

April 21, 2010

SK DEWAN BESAR JUARA MSSD BOLA SEPAK JUARA BAWAH 12 TAHUN 2010

15 April 2010 (Khamis) Sek Keb Dewan Besar juara Bola Sepak MSSD dengan mengalahkan SK Machang 2 melalui tendangan penalti 2-1 setelah masa sebenar berkesudahan 1-1. Pasukan ini di tubuhkan sejak tahun lalu di mana tahun lalu pasukan SKDB menjadi Naib Johan Zon 5 dan Naib Johan Pertandingan Luar Musim.

April 14, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA 14 APRIL 2010

Gotong royong yang melibatkan warga sekolah dan PIBG telah diadakan untuk membersihkan kawasan sekitar SK Dewan Besar bermula pada pukul 2.30 petang. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan sekolah.


Galeri gambar:

March 28, 2010

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM TAHUN 2010

Majlis Pelancaran program Nilam bagi tahun 2010 telah diadakan di Dewan Perdana SK Dewan Besar pada 28 Mac 2010 Ahad bermula pukul 07.45 pagi. Objektif program Nilam 2010
  • Melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca
  • Melahirkan masyarakat yang cintakan bahasa kebangsaan
  • Melahirkan masyarakat yang berilmu

Galeri gambar:

http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/PROGRAMNILAM28MAC2010

March 8, 2010

KEJOHANAN SUKAN SKDB 2010

Sukan Tahunan Peringkat Sekolah Kebangsaan Dewan Besar diadakan pada 10 Mac 2010, Rabu di Padang Sekolah Kebangsaan Dewan Besar. Empat rumah pasukan yang bertanding iaitu Rumah Biru, Rumah Hijau, Rumah Merah dan Rumah Kuning
ATUCARA MAJLIS

08.00 pg
Murid beratur di rumah sukan masing-masing

08.20 pg

Acara perbarisan lintas hormat
Bacaan Ikrar
Ucapan aluan Guru Besar
Perbarisan masuk kontijen rumah sukan

08.45 pg

Acara Sukan
80 m Lelaki Tahun 3
80 m Perempuan Tahun 3
80 m Lelaki Tahun 2
80 m Perempuan Tahun 2
80 m Lelaki Tahun 1
80 m Perempuan Tahun 1

10.45 pg
Acara sukaneka

11.45 pg

Acara Sukan
200 m Lelaki B
200 m Perempuan B
200 m Lelaki A
200 m Perempuan A
4x200 m Lelaki C
4x200 m Perempuan C
4x200 m Lelaki B
4x200 m Perempuan B
4x200 m Lelaki A
4x200 m Perempuan A

12.45 tghri
Penyampaian Hadiah

ATUCARA MAJLIS PERASMIAN SUKAN TAHUNAN 2010

02.30 ptg
Ketibaan Dif

02.45 ptg
Murid yang menyertai perbarisan mengambil tempat

03.00 ptg
Upacara perasmian
Perarakan Bendera Kontijen
Bacaan Ikrar
Ucapan Guru Besar (En. Mohd Noor b. Mat Yunus)
Ucapan Perasmian (YBhgia Tn Hj Jazlan b Hj Yaacob)
03.45 ptg
Acara Sukan
4x100 m Lelaki C
4x100 m Perempuan C
4x100 m Lelaki B
4x100 m Perempuan B
4x100 m Lelaki A
4x100 m Perempuan A
100 m PIBG

ATUCARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SUKAN TAHUNAN 2010

05.30 ptg
Murid mengambil tempat
06.00 ptg
Perasmian Penutup
Ucapan Guru Besar
Ucapan Perasmian Penutup oleh YDP PIBG

06.30 ptg
Bersurai

KEPUTUSAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN SKDB 2010

Juara Rumah KUNING
Naib Juara Rumah BIRU
Ketiga Rumah MERAH
Keempat Rumah HIJAU

Galeri gambar:

http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/KEJOHANANSUKANSKDB10MAC2010


"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

February 25, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2010 telah diadakan pada hari Selasa, 02 Mac 2010 bertempat di Dewan Perdana SKDB dengan tema "MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH" yang melibatkan semua warga Sekolah Kebangsaan Dewan Besar dan PIBG. Amatlah diharapkan agar semua warga SKDB dapat mengamalkan Sunnah Rasullullah dalam mengamalkan kehidupan seharian dan berakhlak yang mulia sebagaimana yang diajar Rasulullah S.A.W melalui sirahnya.

Galeri gambar:

"MEMANTAP UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH"

February 8, 2010

PERAYAAN HARI GURU SK DEWAN BESAR 2010

Hari Guru peringkat SK Dewan Besar telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh semua warga sekolah pada 16 Mei 2010, Ahad di Dewan Perdana SK Dewan Besar. Pelbagai acara yang telah diadakan untuk guru dan murid antaranya bola jaring, bola sepak, bola tampar, sitkom bagi murid tahun 6 dan tahun 5. Majlis sambutan ini turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan karaoke dari para guru dan dikir barat dari pasukan dikir barat sekolah. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Zahri b. Ismail, Pengarah Lotus Racing (UK) Ltd.

Galeri Gambar:

February 4, 2010

MINGGU DISIPLIN 2010

Minggu Disiplin Sek Keb Dewan Besar, Machang telah diadakan pada 07 Februari 2010 sehingga 11 Februari 2010.

AKTIVITI SEPANJANG MINGGU DISIPLIN 2010

07 Feb 2010 (Ahad)
8.00 pg-10.45 pg
Majlis Perasmian Minggu Disiplin
Perlantikan Pengawas, Ketua Kelas,Penolong Ketua Kelas dan Pengawas PSS

08 Feb 2010 (Isnin)
9.00 pg-11.45 pg
Kempen dan Pameran Anti Dadah (Oleh: Agensi Anti Dadah Kebangsaan)

09 Feb 2010 (Selasa)
10.45 pg-12.15 tghri

Latihan dan Demonstrasi Kebakaran (Oleh: Bomba dan Penyelamat Machang)


10 Feb 2010 (Rabu)
11.45 pg-12.45 tghr
Pertandingan Mewarna Tahap 1
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2
(Tajuk: Dadah Membawa Padah/Berhati-hati Di Jalan Raya)

11 Feb 2010 (Khamis)
8.00 pg-12.45 tghri

Pemeriksaan Keselamatan Basikal
Pemeriksaan Keselamatan Dalam Kelas

Kempen Keselamatan Jalan Raya (Oleh: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Machang)

    Majlis Perasmian Penutup Minggu Disiplin dan Penyampaian Hadiah


07 Feb-11 Feb 2010
Galakan Kedatangan Penuh 100%
Kuiz Soalan Terkumpul

Galeri gambar:

"DISIPLIN ASAS KECEMERLANGAN"