September 29, 2010

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI WARGA SK DEWAN BESAR 2010

Majlis Hari Raya Aidilfitri 1431H telah disambut meriah oleh semua warga SK Dewan Besar. Semuanya memakai baju raya masing-masing. Keceriaan menyambut hari raya jelas terpancar di wajah anak didik SKDB. Majlis yang berlangsung di Dewan Perdana ini telah disambut pada 28 September 2010 bermula pada pukul 7.45 pagi.

September 21, 2010

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 21-23 SEPT 2010

Setelah 6 tahun menuntut ilmu di SK Dewan Besar tibalah masa murid-murid Tahun 6 Rajin, 6 Tekun dan 6 Usaha untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung 21-23 September 2010.
Besarlah harapan warga SK Dewan Besar, guru-guru, ibu bapa dan PIBG agar anak didik SKDB dapat menduduki UPSR dengan tenang dan menjawab soalan dengan sebaik mungkin. Kejayaan anda adalah kebanggaan kami semua.

September 20, 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN PENYERAHAN ILMU

Majlis Solat Sunat Hajat dan Penyerahan Ilmu untuk murid yang menduduki UPSR 2010 telah diadakan bermula pada pukul 8 pagi pada 19 September 2010 di Dewan Perdana SK Dewan Besar. Majlis yang dimulakan dengan Solat Dhuha dan Solat Hajat para guru-guru, ibu bapa,PIBG dan semua murid Tahun 6 Rajin, 6 Tekun dan 6 Usaha. Majlis ini turut di hadiri oleh En. Zahari Ismail dan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Machang, En. Azmi Daud.
Majlis menyuap pulut semangat kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR 2010
Good Luck and All The Best to all Candidates
Galeri gambar:

September 7, 2010

MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA WARGA SKDB 2010

Majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan murid SK Dewan Besar telah diadakan pada 02 September 2010, Khamis bertempat di Dewan Perdana SKDB. Seramai 24 orang anak yatim telah menerima sumbangan biskut raya dan duit raya.


Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim

Sumbangan Hari Raya kepada murid SK Dewan Besar


Sesi bersalaman antara guru-guru SK Dewan Besar

Sesi bersalaman antara murid dengan guru-guru SK Dewan Besar

Galeri gambar:

http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/SUMBANGANHARIRAYA02SEPT2010

August 30, 2010

HARI MERDEKA KE 53

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.



Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘Merdeka’ pada Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara. Upacara bersejarah ini turut disaksikan oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka, pada 31 Ogos 1957.
Sumber: Arkib Negara Malaysia

August 29, 2010

PELAJAR 5A PERCUBAAN UPSR 2010

TAHNIAH kepada 9 orang pelajar Tahun 6 yang berjaya memperolehi 5A dalam Ujian Percubaan UPSR pada 16-18 Ogos 2010 yang lalu.

AHMAD SALAHUDIN B. MOHD ALWI
MOHAMAD IZAMUDIN B. AB RAHIM
MUHAMAD IDLAN BIN MOHD SAUFI
MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI B SALAM
MUHD FAZLI AJMAL B GHAZALI
SAIFUL AMIN B MOHD SUKRI
YUSUF ISKANDAR B AZMI
NUR FATIN SURAYA BT CHE AB RASHID
NUR NAJIHAH BT MOHD ZAYID

SYABAS dan TAHNIAH di ucapkan

August 26, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

Sempena Ramadhan 1431H warga SK Dewan Besar dan PIBG telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim pada 25 Ogos 2010, Rabu. Majlis yang bermula pada pukul 6.00 petang dimulakan dengan bacaan tahlil. Turut hadir bersama untuk memeriahkan majlis ini Dr Wan Zawawi Ismail, Pengarah Institut Aminuddin Baki Zon Timur dan En. Azmi, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Machang.


Pengarah IAB Zon Timur sedang menyampaikan zakat kepada anak-anak yatim


Galeri gambar:

August 24, 2010

KATA-KATA HIKMAH KEMERDEKAAN

YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
(31 Ogos 1957-22 Sept 1970)
Jangan sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung jalan: Kemerdekaan memanglah sesuatu yang penting dalam sejarah kita tetapi ia hanyalah permulaan kepada usaha baru dan berdaulat.


TUN ABDUL RAZAK
(22 Sept 1970-14 Jan 1976)
Hari Kemerdekaan adalah besar maknanya bagi semua rakyat mengukuhkan tekad dan memperbaharui azam berusaha dengan lebih giat membina masyarakat adil dan makmur. Saya ingin saudara-saudara memandang ke dalam secara retrospektif dan bertanya pada diri sendiri apakah satu sumbangan bererti yang telah kita berikan untuk masyarakat dan negara
TUN HUSSEIN ONN
(15 Jan 1976-16 Julai 1981)
Kita telah sama-sama terlibat dan menyertai dalam perjuangan kemerdekaan tanah air kemudiannya mengisi kemerdekaan ini hendaklah sentiasa memberi pimpinan dan bimbingan kepada generasi muda ini, supaya memastikan bahawa segala asas yang telah dibina dan diperkukuhkan selama ini, bagi mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu, kukuh, progresif dan adil, dapat terus dipelihara dan dikekalkan....


TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
(16 Julai 1981-31 Okt 2003)
Kita mampu mentadbir negara ini dan kita berupaya menangkis usaha untuk menjajah kita semula menerusi takanan ekonomi. Mari kita sama-sama berikrar untuk terus mempertahankan kemerdekaan demi bangsa, negara dan agama.


TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
(31 Okt 2003-03 Apr 2009)
Kita adalah satu bangsa yang ingin maju dan berjaya. Kita ada peranan kita masing-masing...yang penting utamakan musyawarah kerana itu amalan demokrasi, kesusilaan, ketertiban di mana akhirnya perpaduan yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip inilah yang akan menjamin masa depan yang baik.

Sumber: Arkib Negara Malaysia & Pejabat Perdana Menteri

August 23, 2010

JALUR GEMILANG GAGAH DIJULANG


Jalur Gemilang adalah nama rasmi yang diberikan kepada bendera Malaysia. Nama Jalur Gemilang telah dicadangkan oleh Redzuan Tumin, Pegawai daripada Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti.

Jalur Gemilang membawa maksud empat belas jalur merah dan putih yang terdapat pada bendera Malaysia melambangkan empat belas buah negeri yang bergerak selari dan searah untuk mencapai satu wawasan yang sama iaitu kegemilangan. Lambang bulan dan bintang yang terdapat pada bendera ini juga boleh diertikan sebagai lambang gilang gemilang yang sentiasa terpancar menjadi panduan setiap rakyat yang bernaung dibawahnya.
Perisytiharan nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia telah diadakan pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 malam oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke empat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.


Perdana Menteri Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad menjulang teks perisytiharan nama bendera Malaysia "Jalur Gemilang" selepas mengumumkannya di Dataran Merdeka pada malam 31Ogos 1997.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

August 16, 2010

PERCUBAAN UPSR 2010

16 Ogos 2010-18 Ogos 2010