October 24, 2010
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM SELEPAS UPSR 2010
Majlis Perasmian Penutup Program Selepas UPSR 2010 telah diadakan pada 21 Oktober 2010 bertempat di Dewan Perdana SK Dewan Besar bermula pada pukul 10.45 pagi. Aktiviti yang dijalankan dalam program selepas UPSR ialah Pertandingan Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw, Bola Tampar dan Pertandingan Kuiz.
October 19, 2010
MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA PERINGKAT SKDB 2010
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah Tahun 2010 telah di adakan di Dewan Perdana, SK Dewan Besar pada 18 Oktober 2010, Isnin bermula pada pukul 7.45 pagi. Majlis ini telah di rasmikan oleh YBRS Guru Besar SK Dewan Besar, En. Mohd Noor b Mat Yunus. Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu SKDB. Ketua Panitia Bahasa Melayu SKDB ialah
En. Zulkifli b Mohd Salleh.
"BAHASA JIWA BANGSA"
Galeri gambar:
October 4, 2010
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 30 SEPT - 2 OKT 2010 (MELAKA-KUALA LUMPUR-PURTAJAYA)
September 29, 2010
MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI WARGA SK DEWAN BESAR 2010
Majlis Hari Raya Aidilfitri 1431H telah disambut meriah oleh semua warga SK Dewan Besar. Semuanya memakai baju raya masing-masing. Keceriaan menyambut hari raya jelas terpancar di wajah anak didik SKDB. Majlis yang berlangsung di Dewan Perdana ini telah disambut pada 28 September 2010 bermula pada pukul 7.45 pagi.
September 21, 2010
UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 21-23 SEPT 2010
Setelah 6 tahun menuntut ilmu di SK Dewan Besar tibalah masa murid-murid Tahun 6 Rajin, 6 Tekun dan 6 Usaha untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung 21-23 September 2010.
Besarlah harapan warga SK Dewan Besar, guru-guru, ibu bapa dan PIBG agar anak didik SKDB dapat menduduki UPSR dengan tenang dan menjawab soalan dengan sebaik mungkin. Kejayaan anda adalah kebanggaan kami semua.
September 20, 2010
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN PENYERAHAN ILMU
Majlis Solat Sunat Hajat dan Penyerahan Ilmu untuk murid yang menduduki UPSR 2010 telah diadakan bermula pada pukul 8 pagi pada 19 September 2010 di Dewan Perdana SK Dewan Besar. Majlis yang dimulakan dengan Solat Dhuha dan Solat Hajat para guru-guru, ibu bapa,PIBG dan semua murid Tahun 6 Rajin, 6 Tekun dan 6 Usaha. Majlis ini turut di hadiri oleh En. Zahari Ismail dan pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Machang, En. Azmi Daud.

Majlis menyuap pulut semangat kepada murid-murid yang akan menduduki UPSR 2010
Good Luck and All The Best to all Candidates
Galeri gambar:
September 7, 2010
MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA WARGA SKDB 2010
Majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan murid SK Dewan Besar telah diadakan pada 02 September 2010, Khamis bertempat di Dewan Perdana SKDB. Seramai 24 orang anak yatim telah menerima sumbangan biskut raya dan duit raya.

Sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim

Sumbangan Hari Raya kepada murid SK Dewan Besar

Sesi bersalaman antara guru-guru SK Dewan Besar
Sesi bersalaman antara murid dengan guru-guru SK Dewan Besar
Galeri gambar:
http://picasaweb.google.com/skdwnbsr/SUMBANGANHARIRAYA02SEPT2010
August 30, 2010
HARI MERDEKA KE 53
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi tepat jam 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata. Pada upacara bersejarah ini wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra. Selesai pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘MERDEKA’ sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan ‘Negaraku’. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, YTM Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘Merdeka’ pada Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan negara. Upacara bersejarah ini turut disaksikan oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka, pada 31 Ogos 1957.
Sumber: Arkib Negara Malaysia
August 29, 2010
PELAJAR 5A PERCUBAAN UPSR 2010
TAHNIAH kepada 9 orang pelajar Tahun 6 yang berjaya memperolehi 5A dalam Ujian Percubaan UPSR pada 16-18 Ogos 2010 yang lalu.
AHMAD SALAHUDIN B. MOHD ALWI
MOHAMAD IZAMUDIN B. AB RAHIM
MUHAMAD IDLAN BIN MOHD SAUFI
MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI B SALAM
MUHD FAZLI AJMAL B GHAZALI
SAIFUL AMIN B MOHD SUKRI
YUSUF ISKANDAR B AZMI
NUR FATIN SURAYA BT CHE AB RASHID
NUR NAJIHAH BT MOHD ZAYID
SYABAS dan TAHNIAH di ucapkan
August 26, 2010
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM
Sempena Ramadhan 1431H warga SK Dewan Besar dan PIBG telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama-sama anak yatim pada 25 Ogos 2010, Rabu. Majlis yang bermula pada pukul 6.00 petang dimulakan dengan bacaan tahlil. Turut hadir bersama untuk memeriahkan majlis ini Dr Wan Zawawi Ismail, Pengarah Institut Aminuddin Baki Zon Timur dan En. Azmi, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Machang.
Pengarah IAB Zon Timur sedang menyampaikan zakat kepada anak-anak yatim
Galeri gambar:
Subscribe to:
Posts (Atom)