August 8, 2011

PENGHAYATAN IHYA' RAMADHAN

Ucapan oleh Ustaz Abd Aziz b Mohamed sempena Penghayatan Ihya' Ramadhan

Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa di antara bulan-bulan yang terdapat dalam kalendar hijrah islam. Bulan ini dipenuhi dengan segala kerahmatan, keberkatan dan keredhaan Allah serta pengampunan dosa ke atas hamba-hambaNya yang memanfaatkan setiap detik masa di sepanjang bulan Ramadhan ini dengan amal ketaatan dan kebajikan.

Kedatangan Ramadhan sentiasa di nanti dan dirindui kerana tawaran ganjaran pahala yang berlipat kali ganda pada bulan ini. Lantaran itu bagi setiap muslim yang komited dengan ajaran Islam tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Mereka akan menghayati Ramadhan ini dengan pelbagai program dan aktiviti bagi mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya mereka yang merialisasikan pesanan Nabi s.a.w yang diriawayatkan oleh At-Tirmizi yang menyatakan

" Orang yang cerdik adalah orang yang menjalani kehidupan seiring dengankehendak agama dan membuat pesiapan untuk hari esok manakala orang yang bodoh adalah orang yang menuruti keinginan nafsunya dan berangan-angan Allah akan mengampunkannya".

August 6, 2011

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA


Assalamualaikum...

Selamat berpuasa kepada semua warga SKDB dan umat Islam seluruh dunia

July 24, 2011

PENYAMPAIAN SIJIL DAN PIALA




Penyampaian Sijil dan Piala kepada murid-murid SK Dewan Besar oleh Pegawai PPD Machang di atas kemenangan merangkul JUARA dalam Karnival Kebudayaan Teater Kanak-Kanak Sekolah Rendah peringkat Negeri Kelantan

Hari: Ahad
Tempat: Perhimpunan Sekolah

July 12, 2011

MAJLIS PERPISAHAN & PENGHANTARAN PN HJH ZALINA BT HUSAIN KE SK KEMUBU, KUALA KRAI



Tarikh : 14 Julai 2011
Hari : Khamis
Masa : 07.30-09.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SK Dewan Besar

Jutaan Terima Kasih di atas segala jasa yang dicurahkan di SKDB.
Sekalung Tahniah juga dari Warga SKDB di atas pelantikan sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Kemubu, Kuala Krai Kelantan.
Selamat bertugas & semoga beroleh kejayaan. Insya'Allah.

UJIAN SARINGAN UNTUK MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN

Tarikh : 13 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Perdana, SK Dewan Besar

June 28, 2011

LARIAN SERENTAK: 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA 2011

Tarikh : 02 Julai 2011
Masa : 07.45 pagi
Hari : Sabtu
Tempat : Sk. Dewan Besar

Dijemput semua warga SKDB dan penduduk sekitar untuk memeriahkan larian tersebut.
Kehadiran Tuan Puan amat dialu-alukan.
Sekian.

May 30, 2011

SELAMAT MENGAJAR & BELAJAR

@Kepada semua guru SKDB diucapkan selamat mengajar pada waktu cuti sekolah ini & x lupa juga buat guru-guru yang sedang belajar pada cuti ini selamat belajar di ucapkan...

@kepada murid-murid jangan lupa ke kelas pada waktu cuti ini...

@Kelas tambahan diadakan bagi menempuh peperiksaan UBB3 yang akan bermula 20 Jun...

Hari Sukan Sekolah 24-25 Mei 2011


Sambutan Hari sukan sekolah telah berlansung pada 24-25 mei 2011 dengan meriah sekali. Antara acara yang dipertandingkan seperti:

- Olahraga Tahap 2
- Sukaneka Tahap 1
- Sukaneka Prasekolah
- Acara Ibu Bapa
- Pertandingan Khemah Tercantik
- Perbarisan

May 28, 2011

May 26, 2011

SELAMAT BERCUTI



CUTI PERTENGAHAN TAHUN

(27 Mei 2011- 11 Jun 2011 )

Selamat bercuti kepada warga guru dan murid-murid SK Dewan Besar.
Hargailah masa cuti anda bersama keluarga dan ulangkaji pelajaran.

sekian ...