February 1, 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DATUK HJ. AHMAD JAZLAN B. HJ. YAAKUB





Majlis ramah mesra bersama Datuk Hj. Jazlan b. Hj. Yaakub berlangsung selama 2 jam diadakan di bilik inovasi SK Dewan Besar pada 30 Januari 2012.

January 20, 2012

CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN MURID TAHAP 2






Pada 16 Januari 2012 (Rabu) jam 2.30 petang telah berlangsungnya Ceramah Motivasi Keibubapaan untuk murid tahap 2. Penceramah yang dijemput ialah En Raja Mohd Izani b Raja Ismail dari SMK Kok Lanas. Ceramah Motivasi merupakan salah satu aktiviti penting yang sering diadakan bagi membentuk modal insan yang berguna di samping sebagai dorongan dan kata perangsang untuk kita lebih maju dan sentiasa bersemangat dalam pengajaran dan pembelajaran.

January 10, 2012

MAJLIS MENYAMBUT GURU BESAR (PN. HJH. RAPEAH BT MAMAT)






Assalamualaikum.....

Alhamdulillah sudah selesai majlis menyambut Guru Besar baru Pn. Hjh. Rapeah bt. Mamat yang diadakan pada hari ini (10 Januari 2012) bertempat di Dewan Perdana Sekolah Kebangsaan Dewan Besar. Majlis sambutan Guru Besar baru di sambut dengan iringan paluan kompang oleh murid-murid SKDB. Majlis diteruskan dengan ucapan dari wakil pihak SKDB, SK Temangan dan dari Guru Besar. Seterusnya majlis penutup diserikan lagi dengan persembahan Dikir Barat oleh Pendikir Sekolah sebelum menikmati hidangan tengahari.Kepada Guru Besar baru Pn. Hjh. Rapeah bt. Mamat yang lebih disenangi dengan panggilan "Kak Ah", kami dari Warga Sek Keb Dewan Besar mengalu-alukan kedatangan Kak Ah. Semoga kita bersama berkerja dalam sebuah komuniti yang mesra untuk menjayakan visi, misi dan matlamat sekolah seiring dengan tuntutan agama. Insya'allah..amin.

November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433





DOA AKHIR TAHUN

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib
pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Kesusahan bagiku & sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini & Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".










DOA AWAL TAHUN

Dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram

Sesiapa yang membaca Doa ini, Syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".






September 1, 2011

August 16, 2011

MENGHAYATI NUZUL AL-QURAN

NUZUL AL-QURAN


Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadhan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

August 12, 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR DAN UJIAN UBB OGOS



TARIKH: 14 OGOS-16 OGOS 2011

Selamat menempuh peperiksaan UPSR dan UBB Ogos kepada semua murid Sek keb Dewan Besar. Semoga anda semua menjawab dengan baik dan beroleh kejayaan yang cemerlang.


August 8, 2011

PENGISIAN ILMU DALAM BULAN RAMADHAN

Bacaan Yaasin setiap pagi

Solat hajat Dan Dhuha

Tazkirah Kelebihan Malam Terawih















Tadarus Al-Quran Tahap 1 dan 2








PENGHAYATAN IHYA' RAMADHAN

Ucapan oleh Ustaz Abd Aziz b Mohamed sempena Penghayatan Ihya' Ramadhan

Ramadhan adalah bulan yang paling istimewa di antara bulan-bulan yang terdapat dalam kalendar hijrah islam. Bulan ini dipenuhi dengan segala kerahmatan, keberkatan dan keredhaan Allah serta pengampunan dosa ke atas hamba-hambaNya yang memanfaatkan setiap detik masa di sepanjang bulan Ramadhan ini dengan amal ketaatan dan kebajikan.

Kedatangan Ramadhan sentiasa di nanti dan dirindui kerana tawaran ganjaran pahala yang berlipat kali ganda pada bulan ini. Lantaran itu bagi setiap muslim yang komited dengan ajaran Islam tidak akan melepaskan peluang keemasan ini. Mereka akan menghayati Ramadhan ini dengan pelbagai program dan aktiviti bagi mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya mereka yang merialisasikan pesanan Nabi s.a.w yang diriawayatkan oleh At-Tirmizi yang menyatakan

" Orang yang cerdik adalah orang yang menjalani kehidupan seiring dengankehendak agama dan membuat pesiapan untuk hari esok manakala orang yang bodoh adalah orang yang menuruti keinginan nafsunya dan berangan-angan Allah akan mengampunkannya".

August 6, 2011

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA


Assalamualaikum...

Selamat berpuasa kepada semua warga SKDB dan umat Islam seluruh dunia